Blogspot

MAKLUMAT BERKAITAN PDP DI SEKOLAH

Iklan nuffnang

Thursday, 25 December 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR


KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di enam buah negeri semalam semakin buruk apabila lebih 41,098 mangsa terpaksa mendapat perlindungan di pusat-pusat pemindahan. Banjir itu yang disebabkan fenomena kedudukan bulan berhampiran dengan bumi mengakibatkan berlakunya air pasang besar di Pantai Timur selain hujan lebat yang turun secara berterusan di Pantai Barat.
Kelantan merupakan negeri paling teruk dilanda banjir dengan jumlah mangsa dipindahkan setakat pukul 10 malam tadi ialah 21,594 orang diikuti Terengganu (12,403), Pahang (6,286), Sabah (287), Perlis (93) dan Perak 435 orang.

Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
Sumber: KOSMO online 26 Disember 2014 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

Iklan lagi untuk anda