Pengenalan
Pengambilan
makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat
menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan
baik.
Piramid
Makanan Malaysia
digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.
Berapakah kuantiti makanan yang
seharusnya diambil?
Anda
perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh
Piramid Makanan Malaysia.
Setiap
individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti
fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam
sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang
kurang aktif.
Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan
Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan
dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.
Kegagalan
dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat
badan, berlebihan
berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah
Menu
harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat
memenuhi keperluan kalori harian anda.
Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan
makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun,
pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan
kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai
sebahagian daripada sajian sihat harian anda.- Kalori.
- Lemak.
- Kolesterol.
- Natrium.
- Protein.
No comments:
Post a Comment