Blogspot

MAKLUMAT BERKAITAN PDP DI SEKOLAH

Iklan nuffnang

Wednesday, 17 December 2014

POST MORTEM 1ST LEG FINAL AFF 2014


Tahniah buat pasukan Thailand kerana telah menang dengan jaringan 2 berbalas 0 menentang Malaysia pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Thailand malam tadi. Buat pasukan Harimau Malaya, pastikan bangkit pada perlawanan timbal balik yang akan berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur nanti.

Sedikit pendapat mengenai perlawanan malam tadi. Pasukan Thailand telah bermain dengan permainan corak menyerang pantas. Banyak hantaran dilakukan secara 'all man pass' di mana setiap hantaran yang dilakukan dalam keadaan dekat (corak permainan tiki taka). Corak ini hanya boleh dimainkan sekiranya mempunyai pemain-pemain yang pantas dan tangkas. Ini telah menyebabkan pertahanan Malaysia diserang bertubi-tubi sehingga mereka berjaya menjaringkan 2 gol. Playmaker Thailand yang patut diberi pemain terbaik perlawanan adalah pemain jersi nombor 4 (perlu dikawal rapi pemain Malaysia pada perlawanan timbal balik nanti).

tiki taka gameplay
Corak permainan Malaysia pula menggunakan corak serangan balas (counter attack) serta hantaran jauh (long pass). Corak ini bagus digunakan sekiranya mempunyai pemain sayap (wing) yang tangkas serta laju. Akan tetapi, pemain yang diturunkan skuad Dollah Saleh pada malam ini tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Seharusnya corak permainan diubah kepada hantaran pendek (short pass) dan sebagainya.

Perbezaan tiki taka dan long pass game

Harapan yang tinggi seluruh rakyat Malaysia agar pemain dapat memberikan permainan yang baik seperti menentang pasukan Vietnam tempoh hari. Harimau Malaya terus mengaum di SNBJ nanti.

No comments:

Post a Comment

Iklan lagi untuk anda