Blogspot

MAKLUMAT BERKAITAN PDP DI SEKOLAH

Iklan nuffnang

BAHAN PJK



Pendekatan rawatan kecederaan

Kepentingan pendekatan yang sistematik
o    Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
o    Mengurangkan kesakitan.
o    Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
·         D  =  Danger  (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

·         R  =  Respond  (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :   Tanya mangsa keadaannya.  Pastikan kecederaan atau kesan lain.  Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka       dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas       atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan    merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

o    1) A - Alert  (sedar sepenuhnya)

o    2) V - Verbal (respon terhadap suara)

o    3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)

o    4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)

·         A  =  Airway  (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
·         B  =  Breathing  (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation
·         C  =  Circulation  (Peredaran/Pengaliran   Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Menilai kecederaan – TOTAPS

T                   - Talking ( bercakap )
O                  - Observe (memerhati)
T                   - Touch ( sentuhan)
A                  - Active ( aktif)
P                  - Passive (Pasif)
S                  - Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
§  Apa yang berlaku?
§  Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
§  Apa yang kamu rasa?
§  Bahagian mana yang cedera?
§  Adakah bahagian lain yang cedera?
§  Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
      
O- Observe (memerhati)
    Memerhati ketika bercakap dengan atlet
§  Adakah atlet/mangsa tertekan ?
§  Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
§  Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
§  Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
§  Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
                                  
T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

§  Adakah terdapat kelembutan?
§  Adakah terdapat kecacatan?
§  Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi  fraktur dan dislokasi.
          
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.           

§  Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.
§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?
§  Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
            
P- Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?
§  Bilakah kesakitan berlaku?
§  Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan  atau hilang/bertambah julat pergerakan

S- Skill (kemahiran)

Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.

§  Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
§  Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

No comments:

Post a Comment

Iklan lagi untuk anda