Kebaikan Internet
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari
internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di
perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar.
Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan
sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu
menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada
ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk
berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan
messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi
komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan
lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan
menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di
samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan
di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan
hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah
menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos
pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos
panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika
dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan.
Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang
dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos
pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai
cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya
dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu
lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini
disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka
sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita
terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah
syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya
boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan
program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan
produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan
melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan
hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com. Selain daripada
itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian
bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain
adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di
alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah
menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat
diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video
conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal
kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan
video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun
secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar
kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga
boleh di perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan,
penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara
atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan
servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan
syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah
tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.
Keburukan Internet
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari
internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita
nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini
memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah
pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan
maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet
untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan
tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan
sesuatu maklumat tersebut.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk
menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya
mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu
dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut
dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara
menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer
tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh
menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan
sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu
performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral
seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan
kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat
secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa
hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan
sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer
yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk
memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat
di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan
yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server
yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi
dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap
keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan
dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain
games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah
terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat
pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat
fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut
kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.